Super Troll

Pegikut Setia

Wednesday, December 26, 2012

Pos Laju Kaki Troll

Tidak di nafikan pos laju si kaki troll kali nie anthrax sendiri jadi mangsanya



Saya betul - betul kecewa dengan sikap pekerja Pos Kuala Kedah.
Saya pegi ke Pejabat Pos Kuala Kedah (AHAD) untuk mengambil barang.
Pekerja pos hanya berkata "tiada barang tersebut call pos laju care line" dengan nada biadap.
Saya mampu besabar dan menunggu hari berikutnya.
Hari ini (ISNIN) sekali lagi saya ke pejabat Pos Kuala Kedah.
Mereka hanya berkata "tiada barang tersebut" sedangkan di dalam web menyatakan barang tersebut telah tiba di Pos Kuala Kedah pada (AHAD).
Lalu saya pulang dengan sabar dan hanya mampu menunggu barang tersebut sampai.

Saya mula membuat aduan pada pihak Customer Sevice kerana tidak dapat menahan kemarahan saya.
Pekerja Customer Service telah melayan dengan baik dan membukak satu report dan berjanji akan menghantar hari ini jugak.
Tetapi pada hakikatnya barang tersebut masih belum sampai.
Saya menelefon Pejabat Pos Kuala Kedah yang kira jarak 400M dari kediaman saya , mereka dengan nada gembira berkata "esok cuti hari rabu baru kami akan hantar".

Saya bayar dengan mahal utk urusan pos laju ini, adakah saya patut menerima layanan sebegini dari pihak Pos Malaysia?
Lebih baik saya guna Pos Daftar sahaja.
Pos Laju memakan masa 5 hari itu pun belum tentu lagi sama ada barang tersebut akan di hantar pada hari (RABU) ini.

Saya memohon agar pihak Pos Malaysia mengambil tindakan ke atas pekerja Pos Kuala Kedah.
Kes ini bukan kali pertama berlaku. Bahkan ia sudah lama berlarutan.
Saya masih mempercayai Pos Laju Malaysia jadi saya menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia.
Tetapi saya sudah tidak mampu untuk menahan sabar yang telah lama saya pendam ini.
Jadi saya ingin membuat aduan kepada pihak tuan berkenaan dengan masalah ini.

Dan saya berjanji saya tidak akan mengunakan perkhidmatan Pos Laju walaupon hanya sekeping surat.

Yang Benar ,
anthrax kt

Nak bukti?

Ni pulak mogok dari anthrax

Update Skynet


0 comments:

Post a Comment