kami mengambil masa yang panjang untuk sampai ke kawasan bimasakti tersebut. Perjalanan selama beberapa hari amat memenatkan kami. Stranger dan WindowsCracker yang hilang selama ini rupa-rupanya telah menjalankan satu kajian berkenaan seorang lelaki yang pernah menggemparkan Malaysia dengan ajaran sesat yang dibawa olehnya.Mereka meminjam Roket dari NASA untuk keluar angkasa. Menurut orang ramai, dikatakan lelaki yang digelarkan ayah pin ini telah menghilangkan diri ke angkasa. Polis dan Jais masih mencari-cari lelaki tersebut. Masih segar dalam ingatan bahawa pernah juga masyarakat digemparkan dengan kelibat lelaki ini diangkasa lepas. Ada juga mulut-mulut yang mengatakan bahawa lelaki ini turun ke bumi untuk membeli rokok gudang garam.(boleh search di youtube untuk bukti).
Stranger dan WindowsCracker ingin berkongsi beberapa hasil kajian mereka di angkasa lepas sana. ini adalah gambar asli yang diambil di angkasa lepas. No Offense! Kajian ini masih diljalankan secara berperingkat. Gambar ini diambil secara senyap.Sebenarnya kami ingin simpan sahaja gambar ini untuk beberapa tahun lagi.Tetapi hasil dari desakan seseorang, kami terpaksa berkongsi gambar ini dengan semua orang. Diharapkan gambar ini tidak menjadi isu besar.
klik gambar di atas untuk melihat secara jelas dan terang.
0 comments:
Post a Comment